Tuesday, March 29, 2011

BuDaK KuRanG AJaR

Hari ini Cekgu Lalona datang awal ke sekolah.. wahh!! semangat betul.. kelas pulak full!! tapi takper.. mood pagi2 dah okay.. so ianyer bermula dengan hari yang indah..Tapi, tak sangka.. rupe2nyer ade jugak kes kurang ajar ni.. sebenarnya kes budak kurang ajar ini dah biasa.. tapi masih kurang diberi perhatian dan dipandang enteng oleh sesetengah pihak..

Ceritanya bermula apabila cekgu Lalona ini ada dua waktu terakhir kelas tingkatan 2 Delima.  Dalam kelas 2 Delima ini mempunyai satu kelompok pelajar Cina yang suka membuat hal sendiri dan membuat bising. Pelajar2 ini sebenarnya aku dah pernah mengajar mereka pada tahun 2009.. YES!! Pelajar yang sama!! Ok takper.. cekgu Lalona tetap professional.. still mengajar mereka-mereka yang pernah kurang ajar dengan beliau dahulu..
Tetapi mereka betul2 mencabar!!

Setalah Cekgu Lalona meminta pelajar kelas berkenaan menulis nota kemudian tiba giliran untuk sesi penerangan.  Apa yang berlaku ialah sementara cekgu Lalona ingin membuat penerangan.. seorang pelajar Cina bercakap seolah satu kelas ini dia yang punya.. Manakalah suara pelajar berkenaan lebih kuat dari cekgu Lalona.  Beberapa kali Cekgu Lalona meminta pelajar itu senyap tetapi tidak dihiraukan oleh pelajar berkenaan.  Beberapa kali Cekgu Lalona cuba menyambung penerangan beliau tetapi tetap diganggu oleh pelajar berkenaan... "ini sudah melampau..."

Cekgu Lalona berjalan ke arah pelajar berkenaan.. Tetapi pelajar tersebut tetap dengan kedegilan dia dan masih terus bercakap, memandang cikgu tanpa rasa bersalah malah cuba bangun untuk melawan ... Eiii geramm betul!! Rasa jer nak ditangan-tangankan pelajar berkenaan..Tahap kesabaran Cekgu Lalona sudah sampai tahap maksimum... Buku di tangan di baling hampir kene ke muka pelajar berkenaan.. (mujur tak kena!!) Perangai tetap begitu... seolah2 mencabar GURU

Apa nak buat lagi?? Bawa ke Displin?? Rotan dua kali .. pun tak serik2.. Panggil mak ayah pun sama juga..Pelajar ini tetap menganggu kelas... pelajar lain yang nak belajar... kalau tak mahu belajar.. kenapa kene datang ke sekolah?? Menganggu mood cekgu... cakap lembut pun salah.. cakap tengking pun salah... Nak cekgu yang bagaimana lagi??..


Moral of the story:  Adakah sistem hanya pelajar yang lulus sahaja boleh naik tingkatan perlu diwujudkan???

Monday, March 28, 2011

SeLaMaT HaRi JaDI..

Hari ini Cekgu Lalona nak ucapkan selamat hari jadi kepada seseorang yang dekat di hati jauh di mata... harap die sentiasa sihat n semoga impian die tercapai...

Moral of the story :   Berkasih biar " Sampai Syurga " .. lagu Faizal Tahir

PenGeTuA BaRu!!

Hari ni sekali lagi Cekgu Lalon terlambat gi sekolah...waaaaaaa... tak sengaja!! Cekgu Lalona ingat dah awal sangat bangun.. rupe2nyer cits.. salah rupenyer jam handphone.. aper lagi pecuk 120 arr g sekolah.. tapi tetap terlewa 1 minit.. frust betul!! Takperlah.. takde rezeki namenyer...


Kononya nak tunjukkan imej yang baik kat Pengetua... hampeh!! takperlah... kalau niat betul insya Allah akan berjaya juga akhirnya... sebut pasal Pengetua ni.. kami ade Pengetua Baru.. so far aura dia sangat kuat sebagai seorang Pengetua.. dan aku harap ade perubahan positif pada SMK Syok Sendiri ni... aku harap sangatlah.. biarlah En Mat Perasan Best tu dengan keperasanannya... hehehehe

moral of the story: jangan lambat ke sekolah!!

Sunday, March 27, 2011

HandPhoNe LeMas!!

Hari kejadian berlaku pada hari Isnin iaitu pada Hari Perhimpunan Kokurikulum. So, semua cikgu dikehendaki memakai baju uniform. Cikgu Lalona pun pakai gak.. uniform under NAVY lar katakan.. (walaupun pakai kasut tinggi hehehehe). Nak dijadikan cerita hari tu.. terlambat bangun larr pulak.. menci betul.. penatlah prepare malam tadi dengan uniform bagai leh pulak terlambat bangun.. (tetap larr ke sekolah walaupun punch card merah huhuhuhu)

Ok.. oleh kerana hari aku mulakan dengan kelam kabut maka aku pun tertinggal handbag kt kereta. So handphone aku letak dalam kocek uniform. Kelas pulak full. Aku ade satu waktu lepas perhimpunan untuk dapatkan tandatangan PK KOKO aku. aku segera lakukan sebab lepas tu aku ade kelas 2 masa. lepas tu reham 20 minit kelas pulak 2 masa.. pastu rehat 40 minit (bukan rehat pun.. g wat keje2 berkenaan) kelas lagi 2 masa.. habis kelas laks kene himpunkan pelajar untuk taklimat pergerakan pelajar esok... hmmm satu hari cikgu lalona tak jumpe cikgu vannessa.. (dah biasa gosip ...cam pelik jer tak gosip hahahaha)

Punyer lah bz tu.. tapi takpe.. pas jumpe pelajar aku kene cop2 kat borang berkenaan.. sampai lah pukul 4.30. aku balik jer sekolah teringat nk call cikgu vannessa.. alamak! kredit pulak takde.. tkperlah so aku pun ingat nk singgah kedai tapi terlupa laks.. so aku pun termasuk kt depan rumah. malas nak patah balik aku terus naik mandi.. n basuh baju, dan kemas bilik.. dan sebagainya hmmm tibe2 rajin pulak aku nak rendam uniform aku.. dengan selambernyer...Dah nak dekat kul 12 malam baru teringat kt hp.. pastu aku carik2 tak jumpe.. oklah fine.. mungkin tertinggal dalam keta tadi time nak call cikgu vannessa.. aku pun tdo ngan bahagianya..


Belum habis lagi.....

Esoknya pukul 5.30 pagi aku dah siap tuk amik studen aku kt rumah die.. aku carik handphone aku kt kereta tapi takde.. bas nak gerak kul 6 ni.. so aku pun tak sempat nak carik aku pun bergerak ke sekolah... sehari suntuk aku ngan program pelajar sampai pukul 11 malam sampai kt sekolah balik.. so aku pun balik rumah carik handphone.. tk jmpe gak.. atas katil takder.. atas meja takder.. kat mane ni??? akhirnya aku teringat last aku gune aku call studen then aku letak handphone aku dalam kocek.. dengan sedihnyer... aku gi larr kat baldi yang tengah rendam uniform tu.. OHHHHHH... disituuuuu rupe-rupenyer... dah lemas dahhh....


Moral of da story: Jangan letak hp dalam kocek... n belilah hp baru huhuhuhu

Friday, March 25, 2011

WTF

Suatu hari aku masuk dalam kelas peralihan..(hari2 sebenarnyer..heheheh) tibe-tibe seorang pelajar menyapa aku..

Pelajar Cina
"Cikgu.. apa maksud WTF"


Amboi-amboi dorang sekarrang.. boleh tanye aku maksud WTF.. bukan ker orang selalu tulis "what the f***).  Aku pun bengang arr... budak-budak zaman sekarang leh cakap ngan cikgu die camni...

Cikgu Lalona
"Aii,, bukan hari tu awk dah kene marah ngan cikgu Matt ker pasal bende ni.. ni awak sebut lagi??"

Pelajar Cina
"Cikgu.. WTF adalah Welcome To Facebook... apa yang cikgu fikir??"

Cits... terkena aku.. bertuah punyer budak!! Moral of the story.. lain kali jangan fikir yang bukan2 hahahahahaha

LuPe Nak PerKeNaLKaN DiRi..

Hai.. nama saya Cekgu Lalona...Kenapa pilih Lalona??? Ntah.. Just TerPikir jer... Konon-konon Nak hide kan Identiti.. sebab aku memang nak gunekan medium ni tuk luahkan perasaan wakakaka (adakah termasuk mengutuk somebody.. MEMANG!!!)... sebab kadang-kadang nak luahkan melalui mulut adalah sangat susah... tak semua orang faham... kang diceritanya lain difahamkan lain... nak sampaikan maksud macam ni.. dituduh tak ikhlas.. kalau tk luahkan pun susah jugak.. lama2 aku yang jadi giler...hmm macam2..

Walau ape2 pun aku tetap suke jadi CIKGU... sebab ianya adalah sebahagian jiwa aku... walaupun ramai yang nak pijak aku sampai terhenyak2.. tapi takper.. balasan semua kerja Allah.. yang penting aku wat ape yang penting sebagai cikgu.. bak kate Mentor aku kat sekolah "Janji Allah s.w.t tahu apa yang kita buat.. pedulikan semua orang!!"  .. yes!! itulah kata-kata yang paling tepat sebagai menaikkan motivasi aku.. sebab kalau aku asyik kira pandangan orang jer... seribu satu macam aku kene ubah.. "eh ko kene wat camni.. eh ko takleh wat cmtu eh tu eh ni eh tu eh ni.." lama-lama give up... sebab asyik nak dengar cakap orang tu.. kang pegi sini dengar cakap orang macam ni.. ini semua perangai manusia jenis dengki ni.. bukan kt sekolah jer.. kat mane-mane pun msti jumpe orang macam ni...tapi takper.. (ade orang perasan perubahan aku kt sekolah wakakakak makin brutal weeeee.. do i care!!!)

Ok2..enough pasal tu.. aku nak cerita pasal profil aku kt sekolah.. Nama saya cekgu lalona (bukan nama sebenar)... saya mengajar di SMKSS (Sekolah Menengah Kebangsaan Syok Sendiri) juga bukan nama sebenar.. saya ada kawan baik iaitu Cekgu Vannessa.. saya juga ada Mentor iaitu Cekgu Fareesha (ckgu top sejarah)... saya juga ada beberapa kawan baik iaitu Cekgu Alisya , Cikgu Aseema, Cikgu Yanita dan Cikgu Jem. (nama semua canggih2 wakakaka).. ok itu sahaja wat mase ni.. ^_^



Thursday, March 24, 2011

SI BUDAK DENGGI

Suatu hari Cikgu Lalona pulang dari sekolah singgah di sebuah kedai mamak kegemarannya. (bukan kegemaran, sebab takde dah kedai lain kt situ). Kemudian cikgu ni terserempak dengan pelajar berbangsa cina yang kebetulan sedang makan disitu.  Pelajar tersebut menegur cikgu berkenaan.
 
Pelajar   ~ Cikgu!! 
        Cikgu    ~    Yer saye..

Pelajar   ~      Saya kene DENGKI cikgu..
        Cikgu    ~     Sape pulak dengki awk ni? (orang cina pun ade main buatan orang ker)

Pelajar   ~  Habis bengkak badan-badan saya..
        Cikgu     ~      Habis tu awk gi berubat tak? (jumpe sami kot??)

Pelajar   ~    Sudah kene tahan kat wad.
       Cikgu     ~    Wad?? Bukan jumpe sami ker?

Pelajar   ~    Tahan kt wad lar cikgu.. doktor mau cucuk..
       Cikgu     ~       Itu DENGGI... bukan DENGKI!!!

&%@####### adios punyer budak!! Penat aku melayan jer

MenYaMPuK TaK BaGi SaLaM

Alkisahnya bermula di sebuah sekolah yang bernama SMKSS (SMK Sangat Stress) yang terdapat dua orang guru kawan baik iaitu Cikgu Vanessa dan Cikgu Lalona. Cikgu Vanessa merupakan guru dalam bidang biologi tetapi di sekolah  beliau terpaksa mengajar subjek Pendidikan Moral sementara Cikgu Lalona merupakan guru dalam bidang Matematik tetapi di sekolah beliau terpaksa mengajar subjek Sejarah.  Pada suatu hari, nak dijadikan cerita kedua-dua kawan baik ini sedang meluahkan keluh kesah terhadap apa yang sedang dialami mereka.


Vanessa  :      Ya Allah, sabar ajelah mengadap budak-budak Cina dan India ini. 
                      Sudahlah tak paham 
                      Bahasa  Melayu, macamane nak ajar dorang tentang Moral ni? 
                      Tak ker habis air liur jer...
                      Tingkatan 5 tu... camnerlah nk ajar ni...dah lar bukan opsyen

Lalona    :       Betul larr.. ni nak ajar subjek Sejarah. 
                      Dah lar main ngan fakta jer.. mane leh kelentong2..
                      Paling kuat pn nak kene stdy dulu ...dah lar opsyen Matematik... 
                      kene ngajar Sejarah pulak tu..
                      kte ni jenis cakap straight jer.. ni kan pulak nk bercerita...

Sedang asyik dua orang kawan baik ni bergosip tibe2 datang guru ketiga ntah dari mana muncul ntah. Cikgu Tipah menyampuk.

Tipah         :     Betul tu, penat tul ajar Sains tingkatan 1, 2 dan 3 .. 
                       penat tau!! Dah tk larat dah nak ajar Sains
                       Kite ni dah lar banyak kejer,,, bla bla bla bla bla...

Vanessa     :     Ya Allah, yeker? opsyen aper?
Tipah         :     Sains!

Rasa gak nak lempang gak si Cikgu Tipah ni, tapi sabor ajerlah si Cikgu Vanessa dan Lalona.Moral of the story.. lain kali nak menyampuk bagilah salam... orang tengah cerita lain die cerita lain dan bersyukurlah  dengan apa yang ada. Nasib baik dapat subjek Sains.. Kalau Bahasa Melayu?? Prinsip Akaun?? Matematik Tambahan ker?? tak ker haru........