Wednesday, April 20, 2011

Tare Zameen Paar

Semua orang tahu kan Cekgu Lona ajar Amalan Bahasa Melayu Peralihan. Semua pelajar peralihan pandai membaca cume mereka tak faham jer apa yang mereka baca kadang-kadang. Dalam banyak2 pelajar ni.. ade seorang pelajar name die Liang.. die tak nak buat kejer langsung.. puas disuruh dan dipaksa pun tak nak buat.. die kejap lari kebelakang lari ke depan pun tak nak buat.. penat cekgu Lona suruh die salin n tulis... huhuhuhu...seteleh sebulan ajar dorang.. suatu hari tu cekgu Lona balik rumah (hari sabtu) lepas hari ganti sekolah... ble balik jer cekgu Lona tengok crita hindustan yang tajuknya Tare Zameen Paar.

Pernah tgk tak? huhuhu.. best betul crita tu.. mmg tacing giler.. ble tgk cerita tu Cekgu Lona teringat kat si Liang ni huhuhu teringat satu babak di mana Amir Khan kesiankan pelajar tersebut dan cuba berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan.. Namun, keluarga mereka seolah-olah tidak mahu mengakui anak mereka kerana bermasalah dan tidak pandai belajar.. Amir cuba mengambil sebuah buku bahasa cina dan meminta bapa pelajar itu membaca. Bapa pelajar berkenaan naik marah dan mengatakan tindakan itu tidak wajar.. mana boleh die as org Hindi hendak baca bahasa cina.. Amir menjawab.."thats rude.. u need to try!!". Kemudian baru bapa pelajar itu paham akan masalah anaknya.. see!! toink!!

Sama macam situasi Liang.. die tak pndai baca.. unfair kalau Cekgu Lona marah tuk siapkan kerja rumah. Kemudian baru Cekgu Lona tersedar n rase bersalah kerana selalu marah pelajar berkenaan.. huhuhu mulai hari tu Cekgu Lona ajar Liang membaca... (bukan senang). Kalau dalam crita Tere Zameen Paar tu pelajar tu cuma susah tuk bezakan huruf "b" dan "d".. maka si Liang pula juga susah bezakan perkataan berikut dan tambah dengan "h" dan "n".. tapi so far Alhamdulillah.. mulai dari hari tu si Liang dah jadi anak Cekgu Lona.. tiap2 kelas msti dia akan duduk sebelah Cekgu Lona tuk belajar membaca sahaja.. hehehe sekarang die dah pndai baca sehingga huruf R dengan vokal "a" sahaja.. oklar tu kan.. tengok muka die ke sekolah tu makin berseri2 jer hehehehe... harap2 die boleh baca sampai ujung tahun ni...

moral of da story:  Bacalah dengan Bismillah

.



No comments:

Post a Comment